EUR/USD Susut Lebih Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC

533

US dolar dilihat meneruskan pengukuhan pada pembukaan pasaran awal dagangan minggu ini selepas mengukuh sehingga ke penutup dagangan minggu lalu.

Walaupun data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan lemah, namun US dolar kembali disokong semula oleh data jualan runcit AS yang kukuh serta data keyakinan pengguna yang turut meningkat.

Pada mulanya US dolar sedikit susut selepas bacaan lemah inflasi diterbitkan, namun terbitan data jualan runcit yang kukuh telah mengembalikan semula jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pengetatan polisi pada mesyuarat FOMC minggu ini.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga terus memaparkan corak penurunan pada penutupan dagangan penghujung minggu lalu selepas mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu sekitar 1.17300.

Dapat diperhatikan peningkatan harga pada Jumaat lalu gagal melepasi rintangan 1.18000 selepas menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD sebelum harga paparkan terjunan.

Menyambung dagangan pada awal minggu ini, zon support pada 1.17000 dilihat bakal diuji untuk pelabur menilai sama ada penurunan lebih rendah bakal diteruskan harga.

Melepasi zon tersebut akan mendorong penurunan lebih rendah harga menuju pula ke 1.16000 yang merupakan zon support diuji harga kali terakhir pada November 2020.

Namun jika harga berjaya mencatatkan lonjakan pada minggu ini, kenaikan semula harga dijangka akan menguji rintangan 1.18000 dahulu sebelum meneruskan kenaikan pada pergerakan trend bullish harga.

Zon resistance pada 1.19000 bakal diuji semula selepas harga bergerak di bawah zon tersebut memasuki minggu ketiga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat