Mata wang Euro semakin alami penyusutan lebih parah semalam, susut sehingga ke paras terendah 1 tahun ketika US dolar terus melanjutkan corak pengukuhannya.
Situasi didorong oleh reaksi pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dengan angka yang meningkat kepada 2.6% pada Oktober, menepati ramalan.
Keadaan yang dilihat menyukarkan Federal Reserve (Fed) untuk meneruskan langkah pelonggaran dasar itu menambahkan sokongan terhadap US dolar selain faktor sentimen kemenangan Donald Trump.
Justeru, pelabur memerhatikan kejatuhan lanjut harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD ke paras lebih rendah semalam selepas melepasi paras April lalu pada 1.06000.
Penurunan harga mencatatkan paras terendah terbaru ke sekitar 1.05600 di sesi New York semalam sebelum harga perlahan sekitar itu menyambung hingga dagangan awal sesi Asia pagi ini (Khamis).
Trend harga kekal bearish dengan isyarat pergerakan harga yang masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Kecenderungan harga adalah untuk meneruskan penurunan lebih rendah dengan sasaran berikutnya adalah kepada zon 1.05000.
Namun jika berlaku perubahan dalam situasi semasa pasaran yang menyaksikan lantunan semula harga, kenaikan bakal menghampiri paras 1.06000 sebagai rintangan awal untuk diuji.
Jika berjaya lepasi rintangan tersebut dan juga halangan MA50, akan memberi isyarat awal untuk perubahan semula trend pergerakan harga.
Kenaikan boleh dilanjutkan kembali ke paras-paras tumpuan minggu lalu seperti pada 1.07000 atau 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK