Penutup dagangan minggu lalu menyaksikan pergerakan pasaran yang hambar ketika tumpuan telah terarah kepada terbitan laporan indeks perbelanjaan peribagi pengguna di Amerika Syarikat (AS).
US dolar tidak menunjukkan pergerakan yang signifikan pada dagangan sesi terakhir minggu tersebut walaupun data tersebut merupakan antara yang diteliti Federal Reserve (Fed).
Menyambung dagangan di awal minggu ini, pasaran dijangka akan kekal ‘sendu’ dalam suasana pelabur yang berhati-hati menunggu keputusan mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.
Kadar faedah dijangka kekal tidak berubah, namun apa lebih menjadi perhatian adalah petunjuk seterusnya oleh Pengerusi Fed Jerome Powell selepas memberi isyarat untuk langkah pemotongan kadar faedah baru-baru ini.
Memerhati pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD minggu lalu, harga telah paparkan pergerakan yang mendatar ketika menuju ke penghujung minggu.
Walaupun data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS dan indeks PCE diterbitkan, namun harga tidak memberikan arah yang jelas.
Penurunan terendah harga minggu lalu adalah di paras sekitar 1.08300 sebelum mendatar pada penghujung minggu di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Sekiranya pada minggu ini kenaikan harga berlaku, harga akan kembali menguji rintangan pada zon 1.09000 semula.
Melepasi zon tersebut akan menjadi isyarat bullish buat harga melangkah lebih tinggi menuju sehingga sasaran ketinggian 1.1000.
Sebaliknya jika harga menjunam jatuh ke bawah garisan MA50, pelabur akan berhati-hati untuk isyarat harga yang berisiko susut lebih rendah berbanding minggu lalu.
Penurunan harga boleh mencecah ke sekitar 1.08000 yang dilihat sebagai zon tumpuan harga pada dagangan awal Julai lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG