EUR/USD Tergelincir Di Awal Minggu, Susut Lebih Rendah Dari Minggu Lalu

242

US dolar sedikit kukuh pada pembukaan pasaran awal minggu ini di sesi Asia selepas memaparkan prestasi suram sepanjang minggu lalu.

Sebagai mata wang safe-haven, US dolar mula mengukuh susulan laporan di awal minggu berkenaan pelaksanaan langkah sekatan di Shanghai akibat kesan penularan coronavirus.

Justeru, pergerakan mata wang utama yang lain dalam pasaran kembali terbatas dengan pengukuhan awal US dolar di sesi Asia. Namun, adakah situasi tersebut akan berterusan hingga ke sesi-sesi berikutnya?

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga kembali bergerak susut di bawah paras 1.1000 semula pada penutupan dagangan minggu lalu.

Bergerak kembali di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk perubahan trend bearish.

Penurunan harga berlaku pada awal sesi Asia pagi ini ke paras sekitar 1.0950 setakat jam 11 pagi waktu tempatan, telah mengatasi paras terendah minggu lalu.

Penurunan lanjut harga akan dijangkakan menuju ke paras sekitar 1.0900 untuk pergerakan pada trend bearish yang lebih jelas.

Seterusnya, harga yang menyambung penurunan lebih rendah dilihat akan kembali menguji zon support utama pada 1.08000.

Sebaliknya jika berlaku lonjakan semula harga melepasi paras 1.1000 dan halangan MA50, pelabur menilai sebagai petunjuk untuk harga menyambung corak kenaikan sebelum ini.

Kenaikan harga dijangkakan untuk menuju zon rintangan pada 1.11300 yang diuji pada dagangan 2 minggu yang lalu namun masih belum ditembusi.

Mengatasi zon tersebut, kenaikan harga yang diteruskan bakal mensasarkan untuk menguji pula paras tumpuan pada 1.12000.

Pelabur akan meneliti beberapa data ekonomi tumpuan sepanjang minggu sebelum perhatian akan terarah kepada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang bakal mempengaruhi pergerakan US dolar di penghujung minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat