Gara-gara data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam, US dolar dilihat kembali paparkan pengukuhan ketara semula.
Beberapa data telah diterbitkan, namun menjadi tumpuan adalah data inflasi pengeluar (PPI) AS yang mencatatkan angka yang mengatasi ramalan untuk bulan Februari dan juga peningkatan yang terbesar sejak Ogos tahun lalu.
Ini telah membuatkan US dolar mengukuh susulan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) tidak akan terburu-buru untuk melaksanakan langkah penurunan kadar faedah.
Dapat diperhatikan pergerakan harga yang berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam.
Selepas pergerakan agak mendatar harga dipaparkan dari awal minggu, penurunan lebih ketara berlaki di sesi New York semalam susulan reaksi pada data yang telah diterbitkan.
Harga jatuh ke bawah zon 1.09000 sebelum perlahan dan mendatar di sekitar 1.08850 di penghujung sesi sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Pergerakan harga jelas menunjukkan isyarat bearish yang berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Kecenderungan harga adalah dijangkakan untuk menuju ke paras lebih rendah dengan sasaran adalah pada zon 1.08000.
Harga bakal menguji zon RBS (resistance become support) tersebut sebelum reaksi harga pada sekitar itu akan diperhatikan sebagai petunjuk pergerakan selanjutnya.
Namun jika harga berjaya melantun melepasi semula zon 1.09000, halangan MA50 pula akan cuba untuk ditembusi.
Jika berjaya, corak bullish harga sebelum ini berkemungkinan akan diteruskan kembali dengan sasaran menuju ketinggian 1.10000 sebagai rintangan terhampir untuk diuji.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG