EUR/USD Teruskan Kenaikan Catat Paras Ketinggian Mingguan Terbaru

0 889

Pergerakan harga pada dagangan semalam tidak begitu jelas dengan kebanyakan carta harga bergerak perlahan dan mendatar begitu juga bagi matawang US dolar yang masih belum mendapat rentaknya.

Senat Amerika Syarikat semalam telah meluluskan rancangan pakej rangsangan bernilai $2 trilion untuk membantu menyokong ekonomi negara yang terjejas. Pasaran menantikan undian yang akan diadakan untuk pakej rangsangan tersebut.

Untuk sementara itu, matawang US dolar kekal diniagakan berisiko dengan langkah berjaga-jaga diambil para pelabur dan meneliti reaksi pasaran.

Berbanding Euro, matawang US dolar kekal diniagakan lemah semalamdengan melihatkan pergerakan menaik harga pada carta pasangan EUR/USD semalam.

Pergerakan harga mendatar sejak awal sesi Asia di atas paras 1.08000 sehingga kenaikan dapat dilihat pada penghujung sesi New York yang menutup dagangan di sekitar paras ketinggian hari sebelumnya.

Harga yang masih bergerak di atas paras sokong Moving Average 50 (MA50) masih menunjukkan isyarat trend bullish dan awal dagangan sesi Asia hari ini melihatkan harga membuat kenaikan ke paras ketinggian mingguan terbaru ke sekitar paras 1.09300.

Timbul spekulasi bahawa undian Senat berkemungkinan tidak bersetuju lagi untuk pakej rangsangan berkemungkinan akan memberi lebih tekanan buat dagangan US dolar.

Harga pada carta EUR/USD bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju zon SBR (support become resistance) sekitar paras 1.1000.

Kenaikan yang berjaya diteruskan dijangka akan menguji pula zon SBR seterusnya pada sekitar 1.10500.

Namun  jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah semula dari paras 1.08800 iaitu paras ketinggian semalam, harga akan menguji semula paras 1.0800 yang merupakan zon SBR (resistance become support) sebelum ini.

Penurunan lebih rendah yang juga melepasi paras sokongan dinamik MA50 akan menuju zon support 1.06500 yang diuji pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat