White House, Senat AS Akhirnya Setuju Luluskan Pelan Rangsangan $2 Trilion

698

White House dan para pemimpin Senat akhirnya mencapai kesepakatan terhadap rang undang-undang mengenai pakej rangsangan yang bernilai $ 2 trilion untuk melindungi ekonomi yang terkesan akibat coronavirus.

Pemimpin Senat, Mitch McConnell menyampaikan perkhabaran tersebut melalui laman twitternya yang menyatakan kedua-dua pihak telah mencapai kesepakatan dan ia akan diluluskan pada hari ini.

Rang undang-undang itu pada mulanya telah ditolak oleh Senat, namun setelah rundingan antara pemimpin Demokrat Senat Chuck Schumer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin diadakan, ia akhirnya diluluskan.

Bagaimanapun, butiran mengenai rang undang-undang tersebut masih belum diterbitkan.

Ia dijangka akan menyertakan pembiayaan bernilai $ 500 bilion untuk membantu industri yang terjejas teruk dan bayaran langsung sehingga $ 3,000 kepada berjuta-juta keluarga di Amerika Syarikat.

Selain itu, ia juga termasuk kemudahan bernilai $ 350 bilion untuk pinjaman perniagaan kecil, $ 250 bilion untuk bantuan tambahan pengangguran, serta $ 75 bilion kepada hospital.

Ia bertujuan untuk meringankan kesan daripada wabak pandemic COVID-19 yang telah membantutkan aktiviti ekonomi disebabkan penutupan operasi perniagaan sehingga menjejaskan berjuta-juta pekerjaan di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat