EUR/USD Teruskan Kenaikan Catat Paras Tertinggi Untuk Minggu Ini

387

Selepas bergerak agak mendatar sesi Asia dan Eropah semalam, US dolar dilihat terus menyambung penyusutannya pada sesi New York dengan beberapa faktor diberi perhatian oleh pelabur berikutan pergerakan tidak menentu US dolar pada minggu ini.

Menyokong pengukuhan US dolar, hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan di atas paras 1.30%. Selain itu, Pentadbiran Makanan dan Dadah AS dilaporkan telah meluluskan sepenuhnya vaksin Covid-19 oleh Pfizer dan BioNTech yang dilihat akan mempercepatkan pemulihan ekonomi.

Namun, tetap memberi tekanan terhadap US dolar sehingga penghujung sesi New York semalam berikutan pelabur berwaspada menjelang acara tahunan perhimpunan Jackson Hole di penghujung minggu ini.

Pelabur akan memberi tumpuan terhadap ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell untuk petunjuk terbaru berkenaan langkah pengurangan pembelian bon (tapering) yang menjadi bualan hangat pasaran sebelum ini.

Jika dilihat pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada dagangan Rabu semalam, harga pada awalnya seakan menunjukkan tanda-tanda untuk membuat penurunan semula selepas lonjakan dipamerkan di awal minggu.

Sebaliknya sekadar turun ke paras sekitar 1.17300 sebelum melonjak semula untuk mencatatkan paras tertinggi minggu ini sekitar 1.17700 sehingga penghujung sesi New York.

Pergerakan harga kembali perlahan bersambung di sesi Asia pagi ini (Khamis). Namun, harga masih memberi isyarat bullish dengan pergerakan harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menguji paras tumpuan pada 1.18000 yang menjadi rintangan bagi kenaikan harga pada minggu sebelum ini.

Kenaikan lebih tinggi harga pada trend bullish melepasi rintangan tersebut bakal menuju ke paras ketinggian sekitar 1.19000.

Sebaliknya jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi dan kembali mengalami penurunan semula, paras 1.17000 akan menjadi paras awal bagi sokongan harga.

Penurunan lebih rendah akan menguji paras support minggu lalu sekitar 1.16700 sebelum menuju pula ke zon support 1.16000 untuk penurunan harga yang diteruskan.

Pelabur akan memberi tumpuan pada bacaan terbaru data pertumbuhan KDNK AS untuk suku kedua yang akan diterbitkan pada sesi New York yang bakal mempengaruhi pergerakan US dolar.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat