Jangkaan untuk pengukuhan lanjut US dolar meleset apabila pasaran mengubah haluan pergerakan selepas memberi reaksi terhadap kenyataan terbaru Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.
Berbeza pada ucapan Selasa lalu, hari kedua testimoni semalam melihatkan perubahan pada nada kenyataan Powell yang menyatakan bank pusat semakin hampir untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah, namun perlu melihat dahulu penurunan inflasi ke paras lebih rendah.
Ini telah memberi kesan penyusutan semula ke atas US dolar dengan jangkaan kecenderungan Fed untuk beralih kepada pelonggaran dasar.
Justeru itu, data inflasi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti akan menjadi petunjuk utama pasaran.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang menunjukkan penurunan dari awal minggu dilihat semakin menghampiri paras 1.08000 namun tidak berjaya menyentuhnya.
Sebaliknya, berlaku perubahan arah menyaksikan kenaikan perlahan semalam namun masih belum melepasi paras ketinggian awal minggu pada 1.08400.
Pergerakan harga yang mula berada di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi isyarat awal untuk pergerakan bullish diteruskan semula.
Pergerakan perlahan di sesi Asia pagi ini dijangka berterusan ke sesi Eropah sebelum pasaran lebih rancak di sesi New York dengan terbitan data inflasi.
Sekiranya harga meneruskan kenaikan, lonjakan harga bakal melepasi ketinggian awal minggu sebelum seterusnya menuju zon tumpuan pada 1.09000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru.
Sebaliknya jika harga menjunam semula, zon 1.08000 menjadi paras terhampir untuk diuji sebelum penurunan lebih rendah akan menandakan risiko kejatuhan lebih rendah buat harga.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG