US dolar berjaya paparkan prestasi yang baik pada dagangan sesi Asia dan Eropah semalam sebelum situasi berubah apabila dagangan beralih pula ke sesi New York.
Bacaan data terbaru untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) untuk suku terakhir tahun lalu sedikit tersasar dari ramalan.
Jangkaan adalah bacaan pertumbuhan yang kekal di paras 3.3%, namun meleset apabila angka terbaru adalah menguncup kepada 3.2%.
Ini telah memberi kesan penyusutan semula kepada US dolar dan kembali mengurangkan keuntungan yang diraih pada sesi-sesi sebelumnya itu.
Tumpuan kini akan terarah pula kepada data indeks perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) AS yang akan diterbitkan di sesi New York malam nanti.
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat membuat terjunan awal menuju ke zon tumpuan 1.08000.
Zon RBS (resistance become support) yang diuji itu telah dijangka untuk memaparkan reaksi menarik harga menyaksikan lantunan berlaku semula selepas harga mencecahnya.
Kenaikan harga kembali mencapai sekitar 1.08400 namun terhalang oleh garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang masih memberi isyarat bearish buat harga.
Pergerakan mendatar di penghujung sesi New York bersambung sehingga ke pembukaan sesi Asia pagi ini di sekitar paras tersebut.
Jika kenaikan lebih tinggi berjaya diteruskan selepas ini melepasi halangan MA50, paras minggu lalu berkemungkinan mampu dicapai.
Seterusnya zon rintangan 1.09000 akan menjadi tumpuan untuk diuji sambil reaksi pada sekitar itu akan perhatikan bagi petunjuk pergerakan selanjutnya harga.
Sebaliknya jika berlaku penurunan harga semula, zon RBS 1.08000 akan kembali diuji untuk pelabur lihat sama ada masih kekal berfungsi sebagai support semasa buat harga.
Jika harga tembus ke bawah, penurunan lebih rendah boleh dijangkakan untuk berlaku dengan sasaran akan beralih kepada paras 1.07000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG