Memulakan dagangan di minggu yang baru, US dolar sedikit menyusut berikutan kewaspadaan pelabur menjelang persidangan tahunan Simposium Jackson Hole pada minggu ini.
Sentimen pasaran kekal dalam mod risk-off susulan perkembangan negatif di China terus meningkatkan kebimbangan pasaran global.
Justeru, pelabur perlu berhati-hati dengan pergerakan tak menentu harga buat waktu terdekat ini yang boleh berubah arah pada bila-bila masa.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-tak-bermaya
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, perubahan corak harga dilihat berlaku pada awal minggu di mana harga mula menunjukkan sedikit kenaikan berbanding corak penurunan minggu lalu.
Setelah harga melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut, kenaikan telah mencapai paras 1.09100 di awal sesi New York semalam sebelum berundur semula ke paras MA50.
Corak kenaikan perlahan diteruskan lagi di awal sesi Asia pagi ini (Selasa) menguji ketinggian dicapai semalam dan berkemungkinan akan ke paras lebih tinggi lagi.
Setelah zon 1.09000 berjaya dilepasi, kenaikan harga seterusnya dilihat akan menuju paras tumpuan pada 1.1000 yang bakal kembali menjadi rintangan buat harga semula.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga pula, susut di bawah paras MA50 akan melihatkan harga menguji kembali paras terendah dicecah penghujung minggu lalu sekitar 1.08500.
Seterusnya, harga akan melanjutkan penurunan ke paras 1.08000 dengan memaparkan pergerakan bearish yang lebih jelas.
Pergerakan harga walau bagaimanapun dijangka perlahan sementara menantikan data PMI diterbitkan pada Rabu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG