Euro Berdarah! USD Makin ‘Gila’ Buat Kenaikan

1,077

Kelemahan matawang euro dan peningkatan hasil bon AS memberi nafas baru buat dolar greenback untuk melonjak ke paras ketinggian terbaru lebih satu tahun berbanding pesaing utamanya.

Euro tersungkur di bawah 1.1400 buat pertama kali sejak Julai tahun lalu, dihimpit oleh kebimbangan mengenai wabak Covid-19 yang kembali menyerang Eropah, selain turut terkesan oleh kenyataan terbaru Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde.

Ketika berucap kepada penggubal undang-undang Kesatuan Eropah pada Isnin, Lagarde mengatakan sekiranya ECB mengambil langkah pengetatan sekarang, ia dikhuatiri akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.

Kemerosotan euro telah menolak dolar greenback lebih tinggi, di mana ia juga disokong oleh peningkatan hasil bon AS 10 tahun ke tahap 1.60% walaupun tiada pemangkin yang jelas menjadi penyebab kepada kenaikan itu.

Penandatanganan pakej rangsangan infrastruktur $1 trilion oleh Presiden Joe Biden dilihat kurang memberi kesan kepada USD.

Ini mungkin disebabkan oleh pelabur kurang teruja dengan berita pakej rangsangan ini memandangkan ia sudah banyak kali tertangguh dan matawang itu juga masih terkesan dengan kebimbangan inflasi yang meninggi.

Data penjualan runcit Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada malam ini akan menjadi tumpuan utama pelabur yang pastinya menjadi penggerak seterusnya buat pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat