Presiden ECB Akhirnya Buka Mulut Mengenai Dasar ECB, Ini Perkara Yang Perlu Trader Ambil Tahu!

384

Presiden Bank Pusat Eropah,Christine Lagarde pada hari Isnin telah tampil memberi komentar mengenai pengetatan dasar monetari. Beliau secara peribadi berpandangan bahawa pengetatan dasar monetari pada ketika ini bagi mengekang inflasi boleh menyekat pemulihan zon Eropah. Ini secara tidak menyatakan penolakan terhadap dasar yang lebih ketat.

Dengan inflasi sudah dua kali ganda sasaran 2% dan berkemungkinan meningkat lagi pada akhir tahun ini, ECB berhadapan dengan tekanan untuk menyisihkan dasar monetari mudah dan menangani pertumbuhan harga yang menghakis kuasa beli isi rumah.

Bercakap kepada penggubal undang-undang Kesatuan Eropah, Lagarde mengakui lonjakan inflasi akan lebih tinggi dan lebih lama daripada yang dijangka namun ia akan mula pudar pada tahun hadapan. Justeru sebarang langkah pada ketika ini boleh memberi impak kurang baik kepada ekonomi.

Pengguna isi rumah telah menzahirkan kerisauan kerana terus dihimpit oleh lonjakan harga terutama dalam tenaga dan bahan api. Maka dengan itu Lagarde menyatakan bahawa pengetatan syarat pembiayaan yang tidak wajar adalah tidak diingini, dan boleh mengekang pemulihan ekonomi.

“Jika kita mengambil apa-apa langkah mengetatkan sekarang, ia boleh menyebabkan lebih banyak kemudaratan daripada apa-apa kebaikan,” katanya.

Disisi lain Ketua Pegawai Eksekutif Deutsche Bank ,Christian Sewing merakamkan rasa tidak setuju dengan naratif bahawa inflasi adalah sementara dan menggesa bank pusat global bertindak. Dimana kenyataan beliau ini bercanggah dengan kenyataan Lagarde.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat