Euro Buat ‘Kejutan’, Apa Pula Yang Menjadi Tumpuan ‘Trader’?

1,856

Matawang Euro pada sesi dagangan U.S didagangkan lebih kukuh, namun begitu kebimbangan terhadap potensi berlakunya kelembapan ekonomi menghalang pengukuhan yang lebih besar. Disisi lain pula, US dolar didagangkan susut berbanding enam matawang utama yang lain berikutan pemain pasaran menjangkakan pengetatan monetari dari the Fed.

Menurut penganalisis ING, matawang Euro masih dalam keadaan berbahaya berikutan risiko konflik berkaitan Rusia yang masih berlarutan, kemudian diikuti oleh harga tenaga yang tinggi dan perbezaan dasar the Fed-ECB.

Penganalisis Unicredit pula berpandangan pergerakan Euro dan US dolar masih bermain pada paras 1.10 dengan tinjauan PMI yang lebih baik daripada jangkaan di seluruh zon eropah untuk bulan Mac. Namun begitu ia belum mencukupi untuk mendorong lebih banyak permintaan terhadap euro.

Dalam masa yang sama sentimen perniagaan Jerman pula merosot pada bulan Mac berikutan isu rantaian bekalan yang semakin parah akibat daripada harga petrol yang tinggi dan kekurangan ‘catalyst’.

Bank Pusat Eropah akan mempertimbangkan semula rancangan untuk menamatkan program rangsangan pembelian bonnya pada musim panas ini jika ekonomi zon eropah terus melemah seperti yang dinyatakan oleh ahli ECB Isabel Schnabel pada hari Khamis.

Matawang Euro didagangkan kukuh 0.22% berbanding US dolar pada paras dagangan 1.1021.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding matawang utama didagangkan susut 0.20% pada paras dagangan 98.612. Pemain pasaran mempertaruhkan the Fed menaikkan kadar faedah semalaman penanda arasnya sebanyak 190 mata asas menjelang akhir tahun ini.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat