Euro Matawang Paling Kuat, Harga Minyak Mentah Naik Dengan Emas Susut

62

Matawang US dolar meneruskan kejatuhan sehingga mencapai paras terendah enam minggu lalu berbanding enam matawang utama yang lain pada Jumaat. Hal ini disebabkan beberapa faktor termasuk minit mesyuarat yang dikeluarkan pada Khamis.

Matawang greenback melemah secara keseluruhan selepas minit mesyuarat menunjukkan kebimbangan ahli Fed terhadap inflasi yang rendah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback susut 0.31% setakat pukul 10.15 malam pada Jumaat.

Matawang paling kukuh setakat ini pada pembukaa sesi US adalah matawang Euro yang merekod kenaikan sehingga 0.68% berbanding Yen. Matawang paling lemah hari ini adalah matawang Yen yang turut melemah berbanding US dolar dan NZD.

Pasaran Minyak Mentah

OPEC dan Rusia pula dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian melanjutkan pemotongan bekalan sehingga hujung tahun depan.

OPEC akan bertemu di Rusia pada minggu depan bagi membincangkan perkara ini. Laporan mengatakan perjumpaan antara Arab Saudi dan Rusia telah menyetujui tambahan tempoh pemotongan.

Minyak WTI (West Texas Intermediate) naik 1.17% kepada $58.70 setong.

Pasaran Emas

Harga emas setakat ini didagang pada harga $1,287.94 di Comex setakat pukul 10.29 malam. Harga niaga-hadapan (futures) emas setakat ini naik 0.32% walaupun dengan kelemahan US dolar ketika ini.

Dengan kelemahan US dolar sejak Selasa, emas mengambil kesempatan dengan membuat kenaikan sehingga awal sesi Asia pada Jumaat. Dengan prestasi semasa emas sejak Isnin, harga dijangka merekod penurunan selagi ia tidak melepasi harga pembukaan pada Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat