EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 Mei 2015

24

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-003

Euro Dollar terus memacu naik lebih 190 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1265, sebelum menutup lebih tinggi pada sekitar paras 1.1225; selepas pasaran meragui sama ada Federal Reserve Amerika Syarikat akan menaikkan “interest rate” pada tahun ini.  Sebelum ini mood pasaran berkisar berapa banyak kali Federal Reserve AS akan menaikkan “interest rate” tahun ini.

Di pasaran Eropah, inflasi Euro-Zone meningkat daripada -0.1% pada bulan Mac kepada sifar pada April; sekaligus mengakhiri empat bulan deflasi sejak December tahun lalu. Faktor terbesar di sebalik kenaikan itu adalah kenaikan makanan, alkohol, dan inflasi tembakau mengikut anggaran ‘flash’ dari Eurostat. Kadar pengangguran di Euro-Zone stabil pada 11.3% menurut angka rasmi Eurostat, sedikit meningkat dari jangkaan 11.2%.

Greece mempunyai kadar pengangguran 25.7% pada bulan Januari, diikuti oleh Sepanyol pada 23%. Jerman mempunyai kadar paling rendah iaitu 4.7% mengikut definisi Eurostat. Terdapat 18.1 juta orang kehilangan pekerjaan di seluruh rantau itu pada bulan lepas.

Di pasaran Amerika Syarikat pula, bacaan rendah pertumbuhan ekonomi suku pertama 2015 pada 0.2% berbanding 1.1% jangkaan dan 2.2% pada sebelumnya, mengejutkan pasaran; dan mesyuarat dasar Federal Reserve juga mengesahkan ia akan menangguhkan sebarang kenaikan “interest rate”.

Senario yang telah mendorong Dollar AS memacu lebih tinggi berbanding tahun lalu, adalah kerana Amerika Syarikat bersedia untuk kenaikan pertama “interest rate” setelah hampir satu dekad. Namun, dengan ekonomi negara-negara utama lain yang masih belum pulih sepenuhnya, terdapat keraguan yang semakin meningkat.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat