EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Jan 2016

20

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006

Euro Dollar yang susut lebih 125 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0805, kembali memacu naik sebelum menutup sekitar paras $1.0900; setelah data pengeluaran perindustrian Jerman mengalami kejatuhan pada -0.3% berbanding ramalan 0.5%. Angka imbangan perdagangan Jerman juga, sedikit lebih lemah daripada jangkaan. Dalam pada itu, NFP AS dilaporkan memberansangkan dengan 292 ribu pekerjaan ditambah berbanding 203 ribu jangkaan.

Di pasaran Eropah, Jerman dilaporkan menyumbang kepada pertumbuhan Euro-Zone, dengan eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah yang lain, meningkat sebanyak 9.5% berbanding bulan yang sama pada tahun 2014, manakala mengimport sebanyak 6.3% daripada mereka. Pertumbuhan import Jerman mengatasi eksport pada bulan November, dan pengeluaran industri tanpa diduga jatuh, menunjukkan ekonomi terbesar Eropah itu, mungkin telah mula perlahan pada akhir 2015. Data menunjukkan perubahan dalam ekonomi Jerman, dari pergantungan kepada eksport kepada pertumbuhan yang didorong oleh pengguna domestik.

[adrotate group=”6″]

“Pengeluaran Perindustrian berubah-rubah dan ketika ini kelihatan seolah tiada kuasa dalam sektor tersebut,” menurut Backhaus Lampe, Ketua Ahli Ekonomi di Alexander Krueger, sambil menambah bahawa pertumbuhan ekonomi global yang perlahan, adalah sebab utama untuk prestasi yang lembap.  Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Euro-Zone mahupun Amerika Syarikat hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat