EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar jatuh lebih 105 pips Jumaat lalu, dari paras tertinggi sekitar 1.1290 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 1.1210; selepas pengeluaran dan perdagangan Jerman, meleset dari jangkaan dan Dollar AS yang menguat selepas laporan pengangguran mingguan yang lebih baik dan NFP yang kembali stabil.

Rundingan teknikal diteruskan di Brussels pada hari Jumaat antara pegawai-pegawai kewangan Greece dan wakil-wakil pemiutang antarabangsa, dalam usaha untuk mencapai kata sepakat sebanyak yang mungkin; lebih awal daripada sidang kemuncak Eurogroup hari ini di Brussels. Ketua wakil Greece di Brussels, Giorgos Houliarakis telah memberi taklimat kepada timbalan menteri kewangan Euro Zone semasa persidangan televideo yang dijadualkan pada Jumaat lalu bersama Kumpulan Kerja Euro-Group.

Menteri Kewangan Yanis Varoufakis, yang mewakili Greece pada mesyuarat Brussels hari ini, telah menggariskan fakta bahawa kemajuan telah dicapai dalam rundingan, dalam satu komen pada sidang perniagaan di Brussels pada hari Khamis lalu. Varoufakis dijangka bertemu rakan Jermannya Wolfgang Schaeuble, pada hari ini dalam sidang kemuncak Euro-Group di Brussels.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat