EURUSD Analisa Fundamental Harian 14 Mac 2016

36

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $1.1210 ke serendah $1.1080, sebelum menutup sekitar paras $1.1150; setelah pasaran kembali tenang dan mula menghadam tindakan ECB yang menambah ransangan dan menurunkan kadar deposit lebih jauh ke dalam wilayah negatif sehari sebelumnya.

Di pasaran Eropah, indeks stoxx 50 memacu naik lebih 77 mata untuk ke paras tertinggi harian sekitar 3,074 mata sebelum menutup sekitar paras 3,071 mata; setelah pasaran memberikan reaksi kepada ransangan tambahan ECB yang menambah belian bon kerajaan dari €60 bilion kepada €80 bilion sebulan.  Pada masa yang sama, kadar deposit negatif yang bertambah 10 mata asas, bermakna sebarang deposit institusi di ECB akan dikenakan caj tambahan sebanyak 0.1%.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran hadapan, ‘open-interest’ untuk Euro dilihat berkurang dari 400,559 kontrak pada 3 Mac kepada 142,036 kontrak, walaupun spekulator dilihat menambah kontrak jualan mereka dari 68,541 kontrak pada 1 Mac kepada 71,907 pada 8 Mac lalu.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone mahupun AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat