EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 Feb 2016

22

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.1140 ke serendah $1.1065, sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras $1.1130; setelah pasaran teruja dengan keputusan majlis Kesatuan Eropah untuk memberikan Britain status khas dalam keahlian EU, sekaligus membolehkan reformasi kewangan dimulakan dalam blok ekonomi Eropah itu.

Di Brussels, Belgium Presiden Majlis Kesatuan Eropah, Donald Tusk mengatakan terdapat sokongan penuh untuk mengekalkan keahlian UK dalam EU.  Ini akan memaksa ahli-ahli EU melakukan reformasi terhadap sistem kewangan mereka, demi memenuhi tuntutan Britain yang meletakkan syarat tersebut kepada keahliannya dalam EU.

[adrotate group=”6″]

Reformasi ini memberikan pelabur keyakinan terhadap masa depan Kesatuan Eropah, yang telah selama ini dibelenggu dengan pelbagai krisis ekonomi seperti hutang Greece, dan yang terbaru hutang lapuk Itali.  Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan PMI pembuatan yang dijangka susut dari 52.3 mata kepada 52.1 mata dan PMI perkhidmatan yang juga dijangka susut dari 53.6 mata kepada 53.4 mata.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat