EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Dis 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-015

Euro Dollar susut lebih 85 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0870 sebelum memacu naik semula pada petang New York untuk menutup sekitar paras $1.0910; setelah para trader berpindah kepada ‘safe-haven’ Dollar dan Yen dalam dagangan tipis semalam. Komoditi juga sedikit pulih dan meninggalkan Euro dengan kurang permintaan.

Di pasaran Eropah, ekonomi Perancis dilaporkan berkembang 0.3% pada suku ketiga 2015, menurut EuroStats semalam, sekaligus mengesahkan jangkaan awal pasaran. Walau bagaimanapun, perbelanjaan bulanan pengguna Perancis dilaporkan jatuh pada bulan November lalu.  Di Finland pula sokongan untuk kekal menggunakan mata wang Euro telah jatuh kepada 54% di tengah-tengah masalah ekonomi yang berterusan, menurut satu tinjauan pendapat.

[adrotate group=”6″]

Parlimen Finland dijangka berbahas pada tahun depan, sama ada untuk mengadakan referendum mengenai keahlian Euro-Zone. Walaupun pemulihan dilaporkan di tempat lain dalam Euro-Zone, Finland telah mengalami penguncupan ekonomi selama tiga tahun dan terdapat pendapat yang mengatakan prospek ekonomi akan bertambah baik jika Finland kembali kepada mata wang Markka. Parlimen terpaksa bersetuju untuk berdebat tentang referendum sekiranya petisyen yang dibangkitkan mencapai 50,000 tandatangan.

Debat itu mungkin akan diadakan pada separuh pertama tahun 2016 walaupun langkah itu tidak mungkin mengakhiri keahlian Euro-Zone, menurut penganalisis. Tinjauan oleh penyiar awam YLE yang diterbitkan semalam menunjukkan bahawa 54% daripada Finland menyokong untuk kekal dalam Euro-Zone, manakala 31% lagi mahu meninggalkannya. Ketika ditanya sama ada Finland akan bertambah baik di luar Euro-Zone, 44% menjawab ya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat