EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Mac 2016

43

Euro Dollar terus dijual untuk hari keempat Rabu semalam, susut lebih 62 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1159 sebelum menutup sekitar paras $1.1181; setelah Dollar AS kembali mendapat permintaan selepas komen-komen yang memberansangkan dari beberapa pengerusi cawangan Federal Reserve AS.  Pada masa yang sama, serangan letupan bom di Belgium menjadikan pelabur gusar dalam menjadikan Euro sebagai ‘safe-haven’.

Di pasaran Eropah, Presiden Bundesbank Weidmann dalam satu forum kewangan di Leichtenstein mengatakan bahawa kegawatan pasaran kewangan pada awal tahun, tidaklah bermaksud kegawatan global yang lebih besar sedang menanti.  Beliau menambah, ketika ini pertumbuhan ekonomi sedang dipacu oleh kepenggunaan domestik kerana eksport dan dagangan antarabangsa adalah sedikit lemah, dan menurunkan jangkaan pertumbuhan 2016 dari 1.6% kepada 1.5%.

[adrotate group=”6″]

Hari ini ECB akan melaporkan angka pinjaman kepada bank-bank seluruh Eropah yang dijangka meningkat dari €18.3 bilion kepada €24.3 bilion. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 265 ribu kepada 267 ribu; dan tempahan barangan tahan lama untuk bulan Februari yang dijangka berkurang dari 4.9% kepada 3% di bawah sifar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat