Euro Dollar menstabil semula sekitar 50 mata selepas menjunam Selasa lalu gara-gara GDP Amerika Syarikat yang keluar jauh lebih baik dari jangkaan. Dagangan Rabu semalam banyak menyaksikan pengambilan untung bagi menutup dagangan tahun 2014 bagi para pedagang dan pelabur yang telah menjual Euro sejak Jun lalu. Kejatuhan lebih 1,800 mata dari paras tertinggi tahunan, sekitar 1.3995, itu didorong oleh pakej ransangan ekonomi ECB yang melemahkan Euro bagi meningkatkan eksport, dan pada masa yang sama, ekonomi Amerika Syarikat yang semakin pulih.
Hari ini dengan kebanyakan negara dan broker yang bercuti lantaran sambutan hari Krismas, pasaran ditutup untuk dagangan.
Selepas 17 tahun berada dalam industri telekomunikasi Malaysia, Tune Talk kini memasuki fasa baharu dengan aspirasi untuk berkembang daripada penyedia...
Pembukaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dijangka menjadi pemangkin baharu kepada ekonomi Johor apabila perbelanjaan rakyat Singapura di...