EURUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mac 2016

37

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.1187 ke serendah $1.1145, sebelum menutup sekitar paras $1.1175; setelah keyakinan pengguna Jerman dilapor mengecewakan dan Dollar AS yang lebih kukuh.

Pada bulan Februari, inflasi Euro-Zone jatuh kembali ke dalam wilayah negatif, buat kali pertama dalam tempoh lima bulan. Kadar inflasi tahunan menurun daripada 0.3% kepada -0.2%, paras terendah dalam tempoh satu tahun. Penurunan inflasi bagaimanapun tidak mengejutkan berikutan kejatuhan dalam harga minyak dan kesannya baru-baru ini. Lebih mengejutkan ialah kelembapan ketara dalam inflasi teras.

Menurut anggaran pertama, inflasi teras perlahan daripada 1.0% kepada 0.7%, tetapi bacaan akhir menunjukkan semakan semula kepada 0.8%. Namun, inflasi teras masih tetap hampir dengan rekod terendah.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Amerika Syarikat, kelembapan dalam penggunaan sektor swasta, satu daripada pemacu utama pertumbuhan dan inflasi, mungkin mendorong Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk melambatkan lagi kitaran normal, ekoran ekonomi yang semakin lemah selepas ekonomi global tergelincir untuk pemulihan yang lebih kukuh.

Dalam pada itu, tuntutan pengangguran AS yang dilaporkan semalam adalah bertambah baik dengan 265 ribu tuntutan, berbanding 267 ribu jangkaan. Malah angka sebelum ini disemak semula lebih rendah dari 265 ribu kepada 259 ribu.  Tempahan barangan tahan laman juga hanya susut -2.8% berbanding -3.0% jangkaan, tetapi angka sebelum ini disemak lebih rendah dari 4.9% kepada 4.7%.

Pemulihan dalam aktiviti sektor swasta boleh mendorong Federal Reserve AS untuk menormalkan lagi dasar monetari pada 2016, terutamanya kerana ekonomi AS kini menghampiri kadar pengangguran semula jadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat