EURUSD Analisa Fundamental Harian 4 Feb 2016

41

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-004

Euro Dollar melonjak lebih 235 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1145 sebelum menutup sekitar paras $1.1100; setelah Dollar merudum apabila laporan ISM PMI bukan perkilangan AS dilaporkan meleset dari jangkaan pada 53.5 mata berbanding 55.1 mata dan 55.3 mata pada sebelumnya.  Pada masa yang sama, para trader mula memberi perhatian kepada pergerakan dalam pasaran minyak mentah dan ekuiti untuk arah selanjutnya.

Sejak mesyuarat Bank Pusat Eropah yang terakhir pada 21 Januari lalu, kadar tukaran EUR/USD telah mempunyai kecenderungan untuk meningkat sedikit. Terdapat dua tema utama yang memacu pasaran pada masa ini. Tema menurun adalah ancaman rangsangan tambahan. Pada 21 Januari, Presiden ECB Mario Draghi membayangkan bahawa ECB mungkin perlu melaksanakan rangsangan tambahan jika perlu, tetapi tiada kepastian sehingga mesyuarat dasar monetari akan datang pada bulan Mac.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, Euro telah memacu naik berbanding Dollar kerana peranannya sebagai mata wang pembiayaan dan spekulasi bahawa Fed mungkin perlu mengurangkan bilangan kenaikan kadar yang dirancang. Dengan ekonomi global yang semakin lemah, kejatuhan harga minyak dan pasaran saham yang bergelut, semuanya memandu pelabur ke aset ‘safe-haven’ seperti bon Perbendaharaan AS. Ini membantu untuk menurunkan nilai Dollar Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat