
Euro-Zone yang berdepan dengan keinginan ECB untuk melancarkan “Quantitative Easing” (QE) pada mesyuaratnya 22hb ini, bakal berdepan dengan nilai Euro yang lemah untuk meningkatkan eksport. Pada masa yang sama, inflasi dilihat bakal memuncak lantaran kejatuhan kuasa membeli. Potensi “Grexit” juga menyebabkan sentimen pasaran terus “bearish” terhadap Euro, walaupun Greece hanyalah menyumbang tidak sampai 2% dari GDP Kesatuan Eropah.
Hari ini, data berimpak sederhana “industrial production” dan “trade balance” dari Jerman bakal berdepan dengan NFP dan “unemployment rate” yang berimpak tinggi dari Amerika Syarikat. Walaupun data NFP dijangka mengurang dari 321 ribu kepada 240 ribu, dan “unemployment rate” dijangka stabil pada 5.7%; sebarang peningkatan nilai EUR|USD, dilihat sebagai peluang untuk terus menjual Euro.












 
			





![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)


























 
					




