EURUSD Analisa Fundamental Harian 9 Jul 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-008

Euro Dollar kembali memacu naik lebih 100 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1090 sebelum menutup sekitar paras 1.1075; setelah Euro-Zone memberikan Greece sehingga Ahad ini untuk tampil dengan satu cara untuk menyelesaikan krisis perbankannya.  Terdapat laporan yang tidak sahih sama ada atau tidak, tawaran untuk program menyelamat Greece yang baru telah dihantar dari Athens.

Dollar AS terus mendapat manfaat daripada krisis Grexit yang sedang berlangsung dengan permintaan matawang ‘safe-haven’ yang meningkat dari para pelabur yang masih menunggu bab seterusnya dalam drama hutang Greece.  Ini ditambah pula dengan kenaikan dalam aktiviti pembuatan AS pada bulan Jun, yang telah menguatkan lagi nilai Dollar.

Dalam mesyuarat kecemasan pada Selasa, Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras mencadangkan pakej asal daripada pemiutang antarabangsa sebenarnya, masih boleh dirundingkan dengan “perubahan”; tetapi Canselor Jerman Angela Merkel kurang optimis, menunjukkan bahawa Greece sedang menghampiri keruntuhan dan tiada apa yang baru untuk dibincangkan.

Sumber telah mengesahkan bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menghubungi Canselor Merkel pada hari Selasa dan menggesa beliau untuk meyakinkan pemimpin Eropah dan pemiutang untuk mengelakkan Greece keluar dari Euro-Zone.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat