Ford Motor Co mengumumkan pengurangan 4,000 pekerja di Eropah, dengan kebanyakan pembuangan pekerja melibatkan Jerman dan UK.
Keputusan ini dibuat susulan permintaan EV yang terus merosot, ditambah pula persaingan sengit dari pengeluar China yang menerima subsidi besar.
Pengurangan tenaga kerja sebanyak 14% daripada tenaga kerja Ford di Eropah ini, dijangka selesai menjelang 2027.
Pada masa yang sama, pengeluaran model EV Explorer dan Capri di kilang Cologne juga akan dikurangkan.
Bahagian pasaran Ford di Eropah kini jatuh kepada 3.3%, berbanding 4.1% tahun lalu.
Ford menyalahkan dasar kerajaan yang tidak jelas, insentif EV yang kian berkurang, dan sasaran pelepasan karbon yang lebih ketat di Eropah serta UK.
Saham syarikat pula jatuh sebanyak 27% sejak Julai, memaksa CEO Jim Farley untuk mengurangkan kos secara agresif, termasuk penutupan kilang Saarlouis pada 2025.
Dengan cabaran pasaran yang semakin mencabar, Ford kini perlu merancang strategi baharu untuk kekal relevan dalam industri ini.
Adakah syarikat ini mampu bertahan dan kekal relevan dalam pasaran EV yang kian sengit?