Evergrande Gagal Bayar Faedah Bon, Pelabur Luar Bakal Rugi Besar?

2,109

Evergrande sekali lagi terlepas untuk membuat pembayaran faedah bon pada minggu ini menyebabkan pelabur luar berdepan kerugian besar apabila tempoh penangguhan (grace period) akan berakhir dalam tempoh 30 hari.

Terjerat dengan kemelut hutang $305 bilion, Evergrande masih gagal membayar faedah $47.5 juta ke atas bon yang sepatutnya dilunaskan pada hari Rabu, setelah terlepas pembayaran kupon $83.5 juta pada Khamis lalu.

Dengan liabiliti yang bersamaan dengan 2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China, Evergrande telah menimbulkan kebimbangan bahawa masalah ini akan menjejaskan sistem kewangan secara global.

Bank Pusat China (PBOC) telah mengambil tindakan segera untuk membantu Evergrande bagi melindungi kepentingan pembeli rumah pada minggu lalu dengan menyuntik kecairan ke dalam institusi kewangannya.

Bagaimanapun, kebisuan pemaju mengenai tanggungjawabnya untuk membayar kepada pelabur luar menyebabkan mereka tertanya-tanya sama ada ia akan menanggung kerugian besar apabila tempoh penangguhan berakhir.

Setakat ini, beberapa pemegang bon Evergrand offshore masih tidak menerima pembayaran faedah atau apa-apa perkembangan ketika tempoh pembayaran berakhir semalam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat