‘Tembok Besar‘ Evergrande akhirnya roboh.
Evergrande China akhirnya telah dikenakan status default buat pertama kalinya selepas ‘drama’ berbulan-bulan mengenai kelewatan tarikh pembayar hutang dan penstrukturan semula besar-besaran bagi mengawal hutangnya.
Fitch Ranting telah menaraf Evergande kepada ‘restricted default‘ kerana kegagalan untuk membuat 2 pembayaran kupon menjelang tempoh tangguh pada Isnin sekaligus mencetus cross default pada hutang pemaju bernilai US$19.2 bilion.
Penurunan taraf tersebut dibuat selepas Fitch mengenakan label yang sama kepada Kaisa Group Holdings Ltd yang turut gagal membayar bon bernilai US$400 juta pada Selasa.
Kini, Evergrande telah menjadi mangsa terbesar dalam kempen Presiden China, Xi Jinping dalam usahanya untuk menjinakkan konglomerat negara tembok besar itu yang terlalu banyak berhutang dan pasaran tanah yang bernilai.
Namun, para pemegang bon Evergrande yang masih berpegang harapan kepada penstrukturan semula yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun telah melihat sinar harapan pada Khamis dengan terdapat beberapa tanda penularan kewangan.
Buat masa ini, para pelabur tidak begitu runsing mengenai penurun taraf tersebut kerana mereka telah menjangkakan default selama berbulan-bulan lamanya dan ditambah dengan aktiviti penyokongan oleh kerajaan China bagi mengurangkan kesan tersebut.
Buat beberapa minggu ini, pembuat dasar telah mengurangkan keperluan rizab pemberi pinjaman yang menandakan pelonggaran sekatan hartanah dan melancarkan langkah untuk memastikan pemaju dinilai tinggi dapat mengekalkan akses kepada pembiayaan.
Mereka juga telah mengambil peranan utama dalam penstrukturan semula Evergande dengan melantik pegawai dari wilayah asal pemaju untuk membantu menyelia proses tersebut.
Dalam pada itu, Evergrande pernah berkata dalam pemfailan pertukaran ringkas pada 3 Disemebr bahawa ia akan ‘terlibat secara aktif’ dengan pemuitang offshore-nya dalam rancangan penstrukturan semula mereka.