Facebook, Apple, Netflix Nak Saman Trump!

1,127

Syarikat besar teknologi Amerika Syarikat (AS) termasuk Amazon, Apple, Facebook, Microsoft, Netflix dan Twitter semalam telah mengemukakan dokumen tuntutan saman terhadap tindakan presiden AS, Donald Trump yang menyekat kemasukan segelintir pekerja asing.

Untuk pengetahuan, pada Jun lalu Trump telah membeku visa imigran sehingga hujung tahun ini kerana ingin membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Amerika dalam kegawatan ekonomi berikutan pandemik COVID-19.

Mereka yang terjejas daripada perintah tersebut termasuk pemilik visa H-1B dan visa L yang rata-rata dari golongan pakar dan pengurus dari syarikat teknologi.

Pemilik visa H-2B yang merupakan terdiri daripada pekerja bermusim turut tidak terkecuali.

Di dalam tuntutan saman yang dikemukakan di California oleh pertubuhan perniagaan utama AS itu, pihak mereka mempertikaikan sekatan visa akan menyebabkan kebanyakan perniagaan Amerika menerima kesan negatif dan mendorong majikan untuk mengupah pekerja luar AS.

Selain itu, mereka percaya sekatan tersebut akan mengeruhkan keadaan ekonomi yang sedia buruk dan turut menyangkal tindakan itu melindungi pekerja AS, melabel kenyataan Trump itu sebagai ‘anggapan palsu’.

Sekatan visa yang dilihat memberi peluang kepada pekerja tempatan sebenarnya telah membuka jalan kepada pesaing global seperti Kanada, China dan India untuk merampas individu terlatih dan inovatif.

Tuntutan saman itu merupakan usaha National Association of Manufacturers yang mewakili 14,000 syarikat dan US Chamber of Commerce, pertubuhan perniagaan terbesar di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat