Pembekuan Visa Imigran Oleh Trump Ditentang Amazon, Google Dan Syarikat Lain

287

Susulan daripada keputusan Donald Trump yang telah memanjangkan tempoh penangguhan kemasukan imigran yang memiliki kad hijau dan menahan visa bagi pekerja asing di Amerika Syarikat (AS) telah mendorong beberapa syarikat besar teknologi untuk tampil menyuarakan pendapat mereka.

Tindakan Trump itu memberi kesan kepada pekerja dari sektor teknologi tinggi, pertanian, pembantu rumah dan barisan pegawai eksekutif atasan, dengan anggaran keseluruhan 525,000 pekerja.

White House menyifatkan tindakan ini akan memberi peluang kepada rakyat Amerika untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam kegawatan sektor buruh berikutan pandemik Covid-19.

Namun begitu, nampaknya keputusan yang dibuat bukanlah langkah terbaik kerana majoriti syarikat besar teknologi termasuk Amazon, Uber, Google (milik Alphabet) dan Twitter menolak serta-merta pembekuan visa imigran.

Mereka berpendapat bahawa tindakan pengenalan polisi itu, yang dijangka akan berakhir pada hujung 2020, melibatkan visa H-1B, H-2B, H-4, J-1 dan L-1 hanya akan merosakkan pemulihan ekonomi dan melemahkan daya saingnya.

Syarikat teknologi misalnya, bergantung kepada visa H-1B untuk mengimport pakar kejuruteraan seluruh dunia untuk membantu persaingan pasaran dunia yang meningkat di Silicon Valley. Dilaporkan Google dan Amazon, masing-masing memberikan 9,000 permohonan visa H-1B.

Visa H-1B dibuka sebanyak 85,000 peluang setiap tahun di AS. Jurucakap Amazon percaya dengan pembekuan visa ini menghalang kemasukan pakar yang banyak menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara itu, meletakkan persaingan negara ke tahap berisiko.

Manakala CEO Alphabet, Sundar Pichai, yang juga seorang imigran turut meluahkan kekesalannya kerana wujudnya kemasukan imigran telah membawa kejayaan ekonomi Amerika, menjadikan pelopor teknologi dunia dan membentuk Google pada hari ini.

Box, Salesforce, Uber dan Facebook juga turut sebulat suara bersetuju keputusan Trump sama sekali tidak akan menguntungkan kepada pertumbuhan ekonomi Amerika, beranggapan isu Covid-19 sebagai alasan. Manakala Netflix, Apple dan Microsoft tidak memberi sebarang respons.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat