Facebook Perkenalkan Reels, Mampu Ke Beri Saingan Kepada TikTok?

206

‘If you can’t beat them, join them!’

Facebook milik Meta Platfrom Inc kini melancarkan fungsi video pendek, Reels di lebih 150 negara sebagai langkah mengembangkan pertumbuhan format kandungannya.

Gergasi teknologi yang baru-baru ini telah kehilangan 1/3 daripada nilai pasaranya ekoran laporan pendapatan yang suram, telah memperkenalkan fungsi Reels buat kali pertama pada 2020 di Instagram kemudian di Facebook pada 2021 namun untuk pasaran tertentu sahaja.

Menerusi posting di Facebook oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meta (CEO), Mark Zuckerberg menyatakan Reels kini boleh digunakan di seluruh dunia memandangkan ia merupakan format kandungan dengan kadar pertumbuhan yang paling cepat.

Sebagai ringkasan, sebelum ini Reels Facebook hanya boleh di akses di Kanada, Mexico dan India sahaja.

Tindakan Facebook untuk mengkomersialkan Reels dilihat seiring dengan perkembangan trend semasa yang berfokuskan video pendek, diterajui oleh aplikasi TikTok milik ByteDance China.

Facebook yang memperakui separuh daripada penggunanya menggunakan aplikasi tersebut untuk menonton video, turut mengumumkan cara baru bagi pencipta kandungan boleh menjana pendapatan dengan menggunakan Reels.

Menurutnya, Facebook sedang mengembangkan program tersebut untuk memberi bonus kepada pencipta kandungan dan menguji iklan bertindan dengan menggunakan banner dan sticker supaya para pencipta boleh memperoleh pendapatan dari iklan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat