Facebook, Twitter Sekat Trump

977

Facebook dan Twitter mengambil langkah tegas terhadap akaun pasukan kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ekoran memuat naik video mengandungi maklumat yang salah berhubung coronavirus.

Lapor BBC, Facebook memadam status pasukan terbabit yang memuat naik video petikan temuramah Trump bersama agensi berita Fox News atas alasan maklumat mengenai coronavirus dalam video berkenaan adalah salah dan memberi impak buruk.

Twitter juga mengambil langkah sama dengan menyekat akaun pasukan berkenaan sehingga video tersebut dipadam dalam media sosial terbabit.

Dalam video tersebut, Trump mendakwa kanak-kanak ‘imun’ terhadap coronavirus. Menerusi video itu juga, Trump kelihatan ‘yakin’ kanak-kanak mempunyai sistem imun yang kuat dan tidak akan dijangkiti.

Susulan itu, agensi kesihatan awam AS menjelaskan kanak-kanak boleh terdedah kepada jangkitan Covid-19 walaupun risiko mereka jatuh sakit adalah rendah.

Langkah Facebook dan Twitter itu adalah kali pertama dibuat terhadap sebarang status atau ciapan yang dimuat naik berhubung isu Covid-19 oleh Trump.

Bulan lalu, Twitter menyekat akaun anak Trump iaitu Donald Jr. kerana memuat naik video yang ‘mempromosikan’ maklumat tidak benar mengenai coronavirus dan hydroxychloroquine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat