Facebook & Twitter Tawar Bantuan Untuk Lindungi Ukraine

443

‘Usaha oleh 2 gergasi media sosial dunia ini diharap dapat membantu rakyat Ukraine.’

Facebook milik Meta Platform Inc dan Twitter Inc melancarkan langkah keselamatan untuk pengguna 2 aplikasi tersebut di Ukraine bagi membendung penyebaran maklumat yang salah mengenai krisis perang Rusia-Ukraine.

Pihak Facebook menerusi satu posting di akaun rasminya pada aplikasi Twitter, memaklumkan bahawa syarikat tersebut telah menubuhkan pusat operasi khas bagi memantau perkembangan konfik di Ukraine serta melancarkan fungsi yang membolehkan pengguna untuk mengunci profil mereka sebagai tujuan keselamatan.

Ketua polisi keselamatan Facebook, Nathaniel Gleicher, berkata syarikatnya telah melancarkan fungsi dengan hanya sekali tekan sahaja untuk membolehkan pengguna di Ukraine mengunci profil mereka daripada diakses oleh pengguna lain.

Seiring dengan itu, pihak Twitter juga telah mengeluarkan satu posting untuk mengajar pengguna cara melindungi akaun mereka daripada digodam selain turut menunjukkan cara untuk memastikan tweet mereka private dan cara menyahaktifkan akaun mereka.

Tweet tersebut telah ditulis dalam 3 bahasa, Inggeris; Rusia; dan Ukraine supaya mudah difahami oleh pengguna di Ukraine.

Umum mengetahui bahawa Facebook dan Twitter sering digunakan untuk tujuan penyebaran aktiviti politik dan penyelidikan bagi menyebarkan maklumat semasa krisis.

Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan penyebaran salah maklumat mengenai krisis peperangan diantara Rusia dan Ukraine.

Ekoran krisis yang sedang melanda dunia, kebanyakan media sosial seperti TikTok, Snapchat dan Twitter telah dibanjiri dengan video-video yang dipercayai situasi semasa di Ukraine, yang ada diantaranya mungkin tidak benar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat