Fahami Apa Itu Kriptografi & Fungsinya Dalam Transaksi Kripto

1,062

Istilah kriptografi berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘Kryptos’ dan ‘Graphein’ yang bemaksud ‘Rahsia’ dan ‘Tulisan’.

Kriptografi merupakan proses menukar mesej bagi menyembunyikan maksudnya. Dalam pada itu, kriptografi mencipta atau menghasilkan mesej bertulis supaya mesej atau maklumat tersebut kekal sulit.

Kriptografi adalah konsep yang biasanya digunakan dalam sistem keselamatan maklumat di pelbagai peringkat. Maklumat hanya boleh dibaca jika terdapat public key untuk proses penerangan, iaitu proses menukar data yang disulitkan kepada data asal.

Semasa berlakunya proses penghantaran dan penyimpanan maklumat, data mesej akan dirahsiakan. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat banyak jenis mesej data serta maklumat yang akan dihantar dan disimpan secara digital, encryption (penyulitan) dapat membantu dalam melindungi data mahupun maklumat.

Selain itu, kriptografi menggariskan cara blockchain berfungsi dan menyokongnya untuk beroperasi dengan baik. Beberapa fungsi yang ditakrifkan dalam kriptografi berguna untuk blockchain. Antaranya termasuklah ‘signature’ dan ‘hash’.

Signature atau Digital Signature membenarkan pengguna menyembunyikan maklumat dengan secret key yang akan memberitahu bahawa maklumat tersebut adalah milik individu tertentu. Bagi mata wang kripto pula, Digital Signatures digunakan untuk menandatangani ledger yang membolehkan pengguna membuktikan pemilikan akaun yang dipegangnya.

Hash pula menyimpan maklumat, ia mengambil data yang panjang dan mengubahnya menjadi beberapa perkataan rawak, huruf atau nombor.

Seperti yang sudah diketahui, mata wang kripto menggunakan kriptografi public-key.

Seperti contoh siutasi, katakan anda mahu menghantar satu BTC kepada rakan. Mula-mula, anda perlu menggunakan private key iaitu kata laluan untuk log masuk ke wallet.

Oleh kerana rakan anda telah memberikan public key (wallet address), anda akan menggunakannya untuk menyulitkan data dan melaksanakan transaksi tersebut. Kemudian apabila transaksi disahkan, rakan anda akan menggunakan private key untuk mengakses dana dalam walletnya.

Semasa proses tersebut, anda dan penerima akan menjana kriptografi hash dengan menandatangani transaksi. Kedua-dua hash akan digabungkan menjadi tandatangan terakhir, memberikan bukti bahawa transaksi itu tidak diganggu.

Dalam rangkaian blockchain, proses sama akan digunakan untuk pengesahan transaksi serta menjana blok baharu. Kini, pihak yang berniat jahat tidak akan mempunyai cara untuk memecahkan teknologi kriptografi public-key yang mendasari rangkaian blockchain tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat