Dengan impak pada reaksi data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam, bukan US dolar sahaja malah mata wang utama yang lain tidak terkecuali terkena tempias.
Pada awalnya ketika data diterbitkan, US dolar yang alami penyusutan seperti memberi harapan kepada mata wang utama lain untuk meningkat, namun situasi terus bertukar apabila pengukuhan US dolar dipamerkan sehinggalah sesi berakhir.
Begitu juga yang terjadi pada mata wang dolar Australia pada carta pasangan mata wang AUD/USD yang telah menyaksikan pergerakan volatile semalam.
Harga telah membuat kenaikan awal ke paras 0.66170 sedikit mengatasi paras ketinggian yang dicatatkan pada Jumaat minggu lalu, namun harga kembali menjunam semula.
Penurunan harga berterusan hingga ke penutup sesi New York mencecah sekitar 0.65200 dan kemudiannya mendatar di sekitar itu menyambung dagangan di sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat).
Harga yang telah bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu menjadi isyarat awal untuk pergerakan bearish harga selepas ini.
Penurunan jika diteruskan bakal melewati paras terendah dicecah pada Selasa lalu pada 0.65000 sebelum menuju ke paras lebih rendah lagi.
Sasaran boleh diperhatikan pada zon 0.64600 sebagai tumpuan terhampir yang sebelum ini telah dicecah dan diuji harga pada dagangan penghujung Mei lalu.
Namun, jika harga menunjukkan lonjakan semula pada penutup minggu ini, perhatikan pergerakan harga setelah melepasi paras halangan MA50 untuk petunjuk kemungkinan perubahan trend.
Kenaikan harga bakal membuat cubaan untuk menyaingi paras ketinggian yang dicapai semalam sebelum menguji zon SBR (support become resistance) pada 0.66300.
Kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan ke paras tumpuan 0.67000 setelah pergerakan bullish harga lebih jelas dipaparkan.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG