Fakta Atau Auta, Betul Ke Kematian Ratu Elizabeth Hancurkan Ekonomi UK?

317

‘Kemelesetan ekonomi Britain dilihat semakin hampir, adakah mereka akan jadi negara pertama dilanda krisis tersebut.’

Kematian Ratu Elizabeth II tanpa diduga mengembalikan keparahan kepada ekonomi United Kingdom (UK) yang baru-baru ini memperlihatkan tanda pemulihan.

Kenyataan tersebut disokong dengan data terbitan Pejabat Perangkaan Kebangsaan UK, yang menyaksikan keluaran dalam negara kasar (GDP) Britain berkembang 0.2% semasa Julai selepas mengalami penguncupan 0.6% pada Jun.

Sungguhpun GDP berkembang, ia masih di bawah ramalan pada 0.3%.

Penyebab kepada kegagalan yang digariskan oleh Pejabat Perangkaan adalah faktor cuti umum tambahan sempena acara Jubli Platinum Ratu yang ke-70 semasa bulan Jun.

Turut menyokong adalah Yael Selfin dari KPMG UK dengan menandakan punca kegagalan mencapai unjuran tersebut adalah kerana tempoh cuti mingguan pada acara Jubli.

Berbalik kepada topik asal, tempoh berkabung Ratu yang berlarutan sehingga 19 September dijangka memberi kesan kepada data GDP pada bulan ini.

Ulas ketua ekonomi Pantheon Macroeconomics, Samuel Tombs, kesan kematian Ratu akan meninggalkan keparahan lebih mendalam dari semasa acara Jubli memandangkan kebanyakan perniagaan terpaksa diberhentikan.

Rentetan itu, Pantheon menetapkan unjuran GDP bulan September pada 0.2% dengan menggariskan faktor kematian Ratu melembabkan pertumbuhan ekonomi.

Dalam pada itu, Bank Of England (BOE) meletakkan unjuran kemelesetan ekonomi UK bakal tiba seawal akhir tahun ini menandangkan kadar inflasi memuncak lebih 40 tahun.

Rentetan itu, bank pusat dijangka akan meneruskan kenaikan kadar faedahnya beberapa kali dalam usaha mengawal inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat