Faktor Ini Pengaruhi Aluminium Capai Paras Tertinggi Sejak 13 Tahun!

554

Aluminium terus gah mencatat peningkatan harga ke paras tertinggi sejak 2008 dek kerana kebimbangan bekalan di China dan Guinea yang telah meningkatkan tekanan pasaran.

Situasi rampasan kuasa yang tercetus di Afrika memberi kegusaran terhadap kemungkinan gangguan bekalan bahan utama untuk pengeluaran aluminium yang mana ia mewakili hampir 1/4 dari bauksit dunia.

Dalam pada itu, kerajaan baharu Guinea telah mengarahkan supaya syarikat perlombongan untuk kekal beroperasi dan meyakinkan mereka bahawa perjanjian yang dimeterai akan ditepati.

Kebimbangan terhadap isu bauksit juga tercetus akibat kekangan bekalan aluminium di China yang dipengaruhi oleh kempen penjimatan kuasa dan menghentikan pencemaran dari industri insentif tenaga.

Walau bagaimanapun, kenaikan kadar inflasi harga pengeluar China mencapai paras tertinggi 13 tahun telah mendorong usahanya untuk dipergiatkan lagi bagi mengekang harga bahan mentah.

Setakat ini, aluminium telah mencatat lonjakan sebanyak 1.6% kepada $2,837.50 metrik tan di London Metal Exchange dan ianya juga merupakan paras tertinggi sejak 2008.

Namun sekitar 12.48 tengah hari waktu Shanghai, harga aluminium diperdagangkan pada $2,829 yang mana ia meningkat 2.1% ke paras tertinggi sejak 2006.

Pembukaan semula aktiviti ekonomi di seluruh negara serta permintaan pengguna yang kian melonjak semula telah hampir mendorong aluminium untuk meningkat dua kali ganda sejak tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat