Faktor Yang Menjadikan USD Tumpuan Pasaran Minggu Ini

472

Permulaan dagangan awal minggu menyaksikan US dolar didagangkan stabil berbanding kebanyakan pesaing utamanya, ketika perhatian pasaran kini terarah kepada pengumuman mesyuarat polisi FOMC yang akan berlangsung pada awal pagi Khamis minggu ini.

Pada awal sesi Asia, indeks dolar didagangkan pada 92.90, turun dari paras tertinggi 3 setengah bulan yang dicapainya minggu lalu. Ia masih meningkat 3.8% dari tahap terendah baru-baru ini selepas Federal Reserve meningkatkan jangkaan untuk memulakan pengetatan.

Mesyuarat polisi FOMC edisi Julai akan menjadi tumpuan utama pasaran bagi mendapatkan petunjuk lebih lanjut mengenai pengurangan pembelian bon atau pengetatan dasar oleh bank pusat AS.

Sementara itu, laporan pendapatan syarikat-syarikat teknologi AS pada minggu ini juga menjadi perhatian pasaran. Sebarang peningkatan dan penurunan ketara dalam pasaran akan turut mempengaruhi pasaran matawang.

Pergerakan pasaran tenang dengan kebanyakan matawang utama didagangkan di sekitar harga yang sama di tengah-tengah ketiadaan data ekonomi penting yang boleh memacu dagangan matawang hari ini.

Terdahulu, pasaran telah diperlihatkan dengan bacaan data pada hari Jumaat yang menunjukkan pemulihan ekonomi yang bergelora pada bulan Julai dalam menghadapi ancaman kebangkitan semula wabak coronavirus.

Data PMI yang diterbitkan untuk bulan Julai menunjukkan pertumbuhan di Zon Eropah kebanyakannya optimis, sementara di Amerika Syarikat dan UK pula mengalami penguncupan terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

Walaupun Zon Eropah mencatatkan bacaan positif, tetapi matawang euro gagal memberi reaksi untuk meningkat lebih tinggi ekoran masih terkesan dengan keputusan polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang masih dovish dalam menetapkan dasar monetarinya.

Sementara matawang pound juga tidak berganjak dari paras harga semasa meskipun bacaan yang dicatatkan agak mengecewakan, dengan didagangkan di sekitar harga 1.3745 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat