Fantom, tampil dengan kehadiran yang semakin menonjol dalam dunia kewangan yang tidak berpusat (DeFi).
Sesi dagangan semalam, Fantom kekal menyaksikan pergerakan harga positif walaupun pasaran kripto dilanda gelombang penyusutan harga.
Pada sesi dagangan bulan September, Fantom telah menghasilkan 167% lonjakan mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru $1.85 semalam.
Baru-baru ini, Coinbase Wallet telah mengintegrasikan sokongan untuk Fantom mainnet dimana sokongan tersebut serba sedikit telah menyokong pergerakan harga melonjak secara konsisten.
We're extremely excited to announce that @CoinbaseWallet now supports Fantom mainnet!
Over a million Coinbase wallet users can now send and receive FTM instantly with near-zero fees, and interact with wallets and dApps.https://t.co/4bMtd7Gbpw
— Fantom Foundation (Sonic Labs Coming Soon) (@FantomFDN) September 1, 2021
Sementara itu, teliti carta pergerakan semasa harga FTM/USDT.
Selepas mencatatkan ATH terbaru, FTM tidak dapat mengekalkan pergerakan harga yang konsisten sehingga menyusut ke paras harga sekitar $1.2.
Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya FTM menunjukkan pergerakan harga positif, zon SBR (support become resistance) $1.60 bakal menjadi sasaran seterusnya untuk diuji terlebih dahulu sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.
Namun jika harga FTM tampilkan corak penurunan, harga dilihat bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) $1.20 sebelum menuju ke paras yang lebih rendah.
Ketika penulisan, FTM didagangkan pada paras harga $1.36 susut lebih 22% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-44 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto FTM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.