Fasa ‘Bull Run’ Kripto Sebenarnya Sudah Bermula – CEO One River

513

“Semua orang ada pandangan berbeza-beza, anda pula macam mana?”

Eric Peters, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) One River Digital Asset Management berpendapat pasaran mata wang kripto akan bergerak ke fasa bullish dalam tempoh terdekat ini susulan didorong oleh faktor penerimaan institusi.

Peter yang menampilkan diri di podcast Bankless berkata bahawa musim kejatuhan kripto sudah pun berlalu, di mana beliau menggambarkan kemerosotan tahun lalu dengan keruntuhan Wall Street pada 1929 atau lebih dikenali sebagai Great Crash.

Tambahnya lagi, beliau sungguh yakin harga aset digital berpotensi mendaki lebih tinggi sekiranya pelbagai institusi mengambil bahagian dalam pasaran kripto.

Namun, salah satu faktor yang menghalang institusi daripada menyertai dalam ekosistem kripto adalah ketidakpastian peraturan.

Oleh demikian, Amerika Syarikat (AS), Eropah atau Kanada haruslah mengenakan peraturan yang betul agar modal industri mengalir ke pasaran kripto manakala syarikat kewangan pula boleh mengintegrasikan teknologi blockchain dalam operasinya.

Peters berpandangan kenaikan harga untuk kripto mungkin telah bermula selepas menggariskan lonjakan pasaran sejak awal tahun ini yang melihat Bitcoin (BTC) tamatkan 2022 pada $16,000 namun kini didagangkan $22,038.

Secara umumnya, Peter menyimpulkan bahawa pelabur yang menghadapi kerugian semasa kejatuhan pasaran kripto pada 2022 bukan sahaja mendapat manfaat dalam jangka panjang malah memahami bagaimana ekonomi berfungsi.

Dalam pada itu, Coinbase yang memperoleh One River Digital Asset Management beberapa hari lalu tanpa mendedahkan syarat dan jumlah perjanjian telah menamakannya Coinbase Asset Management tetapi Peter akan terus berkhidmat sebagai CEO dan Ketua Pegawai Maklumat (ICO).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat