“Wow adakah sekarang masanya untuk harga altcoin bangkit semula?”
Selepas altcoin menyaksikan fasa “depression” berpanjangan, Michael van de Poppe, penganalisis mata wang kripto terkemuka berpandangan bahawa harganya berkemungkinan bersedia untuk bergerak lebih tinggi.
Hal ini kerana banyak aplikasi untuk dana dagangan bursa kripto (ETF) akan semakin meningkat pada masa hadapan, ulas Poppe kepada 666,000 pengikutnya di platform media sosial X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.
Memang tidak dinafikan Poppe telah bercakap berulang-ulang tentang perkara tersebut, tetapi beliau sungguh percaya altcoin yang pada masa ini berada paras terendah telah berada dalam momentum untuk naik semula.
Namun pelabur perlu ketahui bahawa minat dalam aset digital telah berada pada tahap sama seperti tahun 2020 susulan institusi sudah semakin berminat dengan spot Bitcoin (BTC) ETF, aplikasi spot Ethereum (ETH) ETF dan niaga hadapan ETH ETF.
Menurut Poppe yang cuba menggambarkan fasa psikologi dilalui pelabur semasa kitaran pasaran kripto tidak menentu, penghujung kitaran ialah fasa “depression” di mana harga aset digital berada pada paras terendah melampau.
Peringkat “depression” biasanya diikuti oleh fasa “disbelief” yang membawa makna harga kripto bakal mula naik sedikit tetapi kebanyakan pelabur akan tetap berhati-hati.
Melihat pada BTC, Poppe mendedahkan bahawa beliau akan menjadi pembeli secara besar-besaran walaupun harganya terjun ke $26,800 mahupun $24,500 sehingga $25,000 namun kini aset digital itu berada pada $25,595.