FBM KLCI Pertahankan Rentak Kenaikan, Indeks Utama Tembus 1,580 Mata!

194

Bursa Malaysia ditutup pada pertengahan sesi dalam posisi positif dengan mencerminkan arah aliran tinggi dalam pasaran serantau. Ia turut disokong oleh penutupan kukuh Wall Street pada Jumaat lepas.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.54 mata kepada 1,581.70 daripada penutup minggu lepas pada 1,575.16.

Indeks penanda aras dibuka 1.14 mata lebih tinggi pada 1,576.30 dan bergerak dalam julat 1,575 hingga 1,582.05 sepanjang sesi pagi tadi.

Sentimen pasaran meluas adalah positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi pada 351 berbalas 299. Manakala, 780 kaunter tidak berubah.

Jumlah dagangan adalah berjumlah 2.78 billion unit yang bernilai RM1.70 billion.

Malacca Securities Research berkata para peniaga terus menumpukan pada pendapatan daripada Amazon, Apple, Qualcomm dan AMD pada minggu ini yang berkaitan dengan sektor teknologi.

Selain itu, syarikat seperti Mastercard, McDonalds, Starbucks dan Coca-Cola pula akan dipantau di bawah sektor pengguna.

Secara amnya, semua sub-indeks telah mencatatkan paras tertinggi 52 minggu tahun ini kecuali dalam sektor teknologi dan telekomunikasi.

Ulasnya lagi, mereka percaya bahawa pasaran tempatan sedang mengejar ketinggalan memandangkan pasaran lebih luas yang positif dan ditambah pula dengan pemangkin sedang kemuncak KL20 di mana Malaysia akan memberi tumpuan kepada ekosistem teknologi pada masa hadapan.

Firma itu juga mengutamakan segmen pembinaan, hartanah, utiliti, solar dan bahan binaan berikutan permintaan yang lebih tinggi untuk tenaga yang boleh diperbaharui di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

Ia juga menjangkakan pemulihan yang baik dalam projek infrastruktur mega tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat