Bursa Malaysia dilihat gagal menghampiri sasaran kemuncak sekitar 1,600 mata pada sesi tengah hari tadi kerana sesi pengambilan untung oleh para pelabur menjelang mesyuarat dasar Fed Amerika Syarikat.
FBM KLCI menjejaki semula pergerakan menurun ketika menghampiri waktu rehat sebanyak 3.2 mata ke paras terendah hari ini pada 1,579.46 di saat para pelabur meraih keuntungan.
Walau bagaimanapun, indeks tempatan itu masih didagangkan dalam wilayah positif berbanding kebanyakan awal yang mencecah paras tertinggi tahun ini pada 1,589.06 mata.
Sentimen pasaran meluas adalah negatif dengan kaunter rugi atas kaunter untung sebanyak 536 berbalas 411. Manakala, 462 kaunter tidak berubah.
Jumlah dagangan ialah 2.42 billion unit saham yang bernilai RM1.65 billion.
Sementara itu, bank pusat AS dijadualkan untuk memulakan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada malam ini dan akan mengumumkan keputusan mengenai dasar monetari di saat penutupannya malam esok.
Buat masa ini, pasaran menetapkan kemungkinan sebanyak 57.8% akan berlakunya penurunan kadar pada bulan September nanti berdasarkan jangkaan pelabur yang lemah terhadap pelonggaran AS berikutan beberapa siri data penting untuk inflasi.
Disebalik pergerakan harga yang ketara, YTL Corp turun 13 sen kepada RM3.07 dan YTL Power turun 20 sen kepada RM4.59 apabila pelabur menunaikan sebahagian daripada keuntungan baru-baru ini.
Kuala Lumpur Kepong susut lapan sen kepada RM23.12, Hong Leong Bank turun lapan sen kepada RM19.30 dan PETRONAS Chemicals susut empat sen kepada RM6.85.
Kaunter aktif utama hari ini ialah Classita naik 0.5 sen kepada 4.5 sen, MYEG naik dua sen kepada 93 sen dan Iconic meningkat 2.5 sen kepada 10.5 sen.