Fed 100 Mata Asas?

298

Panggilan untuk kenaikan kadar faedah 100 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) kini mula kedengaran selepas pasaran menyaksikan bacaan lebih kuat daripada jangkaan dalam inflasi Amerika Syarikat.

Alat CME FedWatch kini menunjukkan kebarangkalian 38% untuk peningkatan kadar 100 mata asas pada mesyuarat FOMC minggu depan selepas menunjukkan peluang sifar sepanjang bulan lalu.

Sementara itu, kemungkinan kenaikan kadar 75 mata asas pula jatuh kepada 62% daripada 91% hari sebelumnya dan pelabur menghapuskan kemungkinan kenaikan 50 mata asas kepada sifar daripada 9% sehari sebelumnya.

Antara yang terawal mengubah pandangan untuk kenaikan 100 mata adalah penganalisis dari Nomura yang sebelum ini meletakkan jangkaan peningkatan 75 mata asas.

Ia mengatakan laluan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif diperlukan untuk memerangi inflasi yang semakin berakar umbi.

Selain itu, Larry Summers, bekas Setiausaha Perbendaharaan telah berkata bahawa jika beliau seorang pegawai Fed, beliau akan memilih langkah 100 mata asas untuk mengukuhkan kredibiliti.

Dengan inflasi masih berlegar di sekitar paras tertinggi 40 tahun, tidak mustahil jika Fed mengambil langkah agresif itu untuk mengembalikannya ke sasaran 2% bank pusat.

Inflasi tahunan AS mengejutkan pasaran selepas tanpa dijangka mencatat peningkatan yang lebih kuat daripada dijangkakan walaupun menurun berbanding bulan sebelumnya, dengan catatan 8.3%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat