Ahli strategi di Quantum Strategy, David Roshe berkata data pekerjaan AS terkini membayangkan Federal Reserve (Fed) tiada sebab penting untuk lakukan pemotongan kadar 50 mata asas berikutan sektor buruh yang masih terkawal.
Katanya lagi, keputusan Fed bulan lepas untuk menurunkan kadar pinjaman semalaman utamanya sebanyak setengah mata peratusan adalah langkah yang pantas.
Data Non-Farm Payrolls (NFP) terkini menunjukkan majikan menambah 254,000 pekerjaan pada bulan September iaitu jauh melebihi jangkaan ahli ekonomi 150,000. Kadar pengangguran pula jatuh kepada 4.1% turun 0.1 mata peratusan.
Roche berkata angka itu menjadikan tindakan pemotongan kadar faedah agresif Fed kelihatan bodoh, populis dan panik.
Kesilapan tersebut berdasarkan laporan pada data terdekat dan tanpa pandangan strategik.
Katanya lagi, Fed tidak perlu laksanakan pemotongan besar melainkan berlaku sesuatu yang buruk seperti konflik Timur Tengah yang semakin memuncak sekiaranya Israel tekad mengebom tapak ujian nuklear Iran.
Kadar Fed tidak akan turun di bawah 4% atau 3.5% sebabnya ialah ekonomi sangat teguh sehingga firma memperoleh wang yang mencukupi tanpa memerlukan kadar faedah yang lebih rendah.
Sebelum ini, Fed mempertahankan langkah pemotongan besar-besaran selepas petanda inflasi semakin merendah dan pasaran buruh melemah.
Walau bagaimanapun, jangkaan pasaran untuk pemotongan kadar faedah yang besar pada bulan November telah jatuh dari jurang berikutan data minggu lepas. – CNBC