Fed dan BoJ Umum Pelonggaran Polisi, Apa Jangkaan Pergerakan USD/JPY Hari Ini?

472

Pasaran dikejutkan lagi dengan pengumuman kecemasan oleh Federal Reserve (Fed) dengan pemotongan kadar faedah 100 mata asas ke paras terendah terbaru 0.25%. Turut diumumkan suntikan dana bernilai $700 bilion USD bagi menangani krisis Coronavirus yang melanda.

Pada sesi Asia hari ini, Bank of Japan (BOJ) telah mengumumkan kadar faedah dikekalkan di paras -0.10%. Namun BOJ menyatakan akan meningkatkan pembelian dana ETF kepada 12 trilion Yen berbanding 6 trilion Yen sebelum ini.

Program pinjaman baru juga akan diperkenalkan untuk melancarkan bekalan modal bagi syarikat-syarikat dan bank pusat turut menyatakan persediaan untuk pelonggaran polisi yang lebih lanjut.

Pelonggaran polisi yang diumumkan oleh Fed dan BOJ dilihat tidak terlalu memberi kesan yang lemah terhadap matawang US dolar dan Yen.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY menyaksikan pembukaan harga lebih rendah pada permulaan sesi Asia berbanding harga ditutup minggu lalu.

Harga dibuka di bawah paras 107.00 dan membuat penurunan sebelum kenaikan semula menguji paras 107.400.

Harga kemudian bergerak membuat penurunan sehingga bersambung ke pembukaan sesi pasaran Eropah.

USD/JPY telah merekodkan kenaikan harian sehingga 400 pips pada dagangan Jumaat lalu.

Jika harga terus mengekalkan kenaikan, paras ketinggian yang dicapai paras 108.300 minggu lalu akan diuji sebelum harga cuba melepasi paras halangan tersebut. Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan menuju paras penting sekitar 110.00.

Sebaliknya, jika harga membuat penurunan lebih rendah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/JPY, harga dijangka akan bergerak di bawah paras 105.00.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 103.500 sebelum harga kembali menguji paras terendah yang dicecah harga pada awal minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat