BOJ Kekalkan Kadar Faedah, Umum Pembelian Aset Berisiko Untuk Tangani COVID-19

230

Setelah dua keputusan mengejutkan daripada Federal Reserve AS (Fed) dan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) hari ini, Bank of Japan (BOJ) memutuskan untuk kekal dengan kadar faedah pada -0.10%.

Sebaliknya, BOJ meningkatkan lagi kadar tahunan pembelian dana dagangan bursa (ETF) sebanyak dua kali ganda kepada 12 trilion yen, bagi mengimbangi kesan ke atas ekonomi akibat wabak coronavirus.

Penggubal dasar turut memperkenalkan satu program baru untuk memberi pinjaman kepada hutang korporat (kira-kira 8 trilion yen pada akhir Februari) sebagai cagaran pada kadar faedah 0% dengan tempoh matang sehingga 1 tahun. Program ini akan dijalankan sehingga akhir bulan September tahun ini.

Selain itu, bank pusat juga akan menggandakan kadar pembelian J-REIT (Japanese real-estate trust funds) kepada 180 bilion yen setahun.

Melalui satu kenyataan susulan keputusan tersebut, BOJ menyatakan aktiviti ekonomi Jepun mungkin masih lemah buat masa ini terutamanya terjejas akibat COVID-19, namun ia dijangka kembali kepada trend pertumbuhan sederhana.

BOJ memperkenalkan langkah-langkah pelonggaran tambahan untuk kali pertama sejak Julai 2016, di mana sebelum ini ia menggandakan pembelian ETF secara tahunan kepada 6 trilion yen daripada 3.3 trilion yen.

Sementara itu, dalam mesyuarat polisi hari ini BOJ juga mengekalkan sasaran hasil pulangan bon 10 tahun kerajaan pada 0.00%.

Berikutan keputusan BOJ yang mengejutkan, matawang safe-haven yen mencatat peningkatan berbanding US dolar dan didagangkan di sekitar paras 106.30.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat