Fed digesa Untuk Meneruskan Kenaikan Kadar! : Loretta Mester

30

Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester mengulangi pandangannya pada Khamis terhadap prospek kenaikan kadar selanjutnya oleh Fed memandangkan ekonomi sekarang telah mencapai guna tenaga penuh dan menghampiri sasaran inflasi sebanyak 2 peratus.

Beliau juga menyifatkan bahawa langkah ini penting bagi memastikan penggubal dasar tidak ketinggalan dalam membuat keputusan memandangkan kadar semasa masih diletakkan pada bacaan yang amat rendah dan saiz balance sheet yang agak besar.

Mester menujukan kenyataan tersebut kepada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Beliau tidak terlibat sebagai pengundi bagi penetapan dasar pada tahun ini.

Menurut Mester lagi, beliau selesa dengan langkah permulaan yang diambil oleh Fed bagi mengurangkan kira-kira $4.5 Trillion tahun ini. Fed juga harus melaksanakan segala perincian bagi menurunkan jumlah asset dan bergantung sepenuhnya kepada dasar kadar jangka pendek untuk bertindak balas kepada ekonomi semasa.

Sambil-Sambil Tenung Chart Gold, Hadam Juga Ulasan Terkini Komoditi Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat